Thursday, 10 November 2011

LEGEND CONTINUOUS



 (SKUAD GEMILANG 2013)

Hari Kanak-Kanak & Hari Koku

SITIAWAN (4 NOV) - Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011 telah diadakan di Sek. Keb. Sungai Tiram. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi, perasmian oleh Guru Besar SKST dan seterusnya senaman. Majlis turut diceriakan lagi dengan persembahan murid-murid dari setiap kelas. Mereka yang tampak ceria pada hari tersebut disajikan dengan jamuan burger ayam, sate ayam dan nasi impit dan juga minuman susu coklat yang berkhasiat. Pada sebelah petangnya pula, murid tahun 4 hingga tahun 6 terlibat dengan Hari Koku yang mana aktivitinya adalah mendirikan khemah, solat Asar berjemaah, memasak mee segera dan sukaneka.

Tuesday, 1 November 2011

Monday, 31 October 2011

SEJARAH

Diberi nama sempena dengan nama Kampung Sungai Tiram. Sebuah perkampungan nelayan terletak di bahagian Tenggara Dearah Manjung. Menurut cerita orang-orang tua di sini kira-kira 100 tahun dahulu sungai di sini telah di naiki oleh sejenis siput yang tiram. Asal nya kampung ini dinamai Kuala. Namun akhirnya dikenali Kuala Tiram.
Dari setahun ke setahun penduduk di sini semakin bertambah. Pekerjaan mereka kebanyakannya sebagai nelayan. Akhirnya kampung ini dikenali sebagai Kampung Sungai Tiram. Penduduknya pula ada yang bertukar kerja dari nelayan ke pekebun dan koko.
Pada tahun 1929 orang kampung berketurunan Jawa, Melayu, dan Banjar bergotong-royong mendirikan sebuah bangsal panjang beratapkan nipah berdindingkan tepas dan bertiangkan kayu bakau untuk dijadikan Sekolah. Kerja-kerja pembinaan itu di ketuai oleh Encik Ali. Asalnya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Sungai Tiram. Mereka juga ada menbina sebuah rumah guru.
Bangunan sekolah dibina di atas tapak lapag milik kerajaan seluas 3 hektar. Seramai 40 orang murid didaftarkan mula-mula belajar disini. Dua orang guru iaitu Cikgu Mohd Nor bin Tambi (Guru Besar) dan Cikgu Shafie bin Mohd Ali sebagai guru penolong yang berkhidmat di sini.
Sekali lagi penduduk kampung bergotong royong menebang dan menebas belukar yang ada untuk dijadikan padang permainan. Pada tahun 1941 kerajaan di bawah Negeri-Negeri Selat telah membina sebuah bangunan besar untuk menggantikan sekolah lama. Bangunan sekolah yang berukuran 78x24 kaki persegi beratapkan genting, berdinding dan berlantaikan papan berdiri tersergah indah di tengah-tengah Kampung Sungai Tiram. Menurut cerita orang, ada beberapa orang anak kecil yang mula-mula belajar dalam Darjah Satu sangat takut melihat bangunan sekolah yang begitu hebat pada masa itu.
Seiring dengan kemajuan Malaysia, Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram telah melalui beberapa tranformasi. Antaranya ialah pembinaan bangunan empat tingkat. Bangunan tersebut menempatkan pejabat, bilik guru, makmal sains, beberapa buah kelas, bengkel kemahiran hidup, stor sukan, bilik muzik dan bilik BOSS. Pertengahan tahun 2011 menyaksikan sekolah ini sekali lagi terlibat dalam transformasi besar di mana padang sekolah telah dinaiktarafkan. Pembinaan padang ini bermula pada Julai 2011 dan dijangka siap awal tahun 2012.

1 Malaysia Theme Song

MISI

Kami warga SK Sungai Tiram berazam dan berusaha menjadikan sekolah ini:

-Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan adil. 
-Pengurusan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti untuk mencapai keputusan yang cemerlang bagi semua mata pelajaran. 
-Sahsiah dan disiplin murid serta warga pendidikan yang terpuji dalam persekitaran yanh kondusif. 
-Mencapai kecemerlangan sukan dalam bidang sukan dan kokurikulum bagi membina jati diri serta kepimpinan yang dapat dibanggakan.